Selfish Machine Selfish Machine
Dia-Yang-Aku-Tahu-Namanya

Wednesday, June 5, 2013 @ June 05, 2013 | 0 Comment [s]





Harini. Aku mimpi. Mimpi yang tah macam mana, ingatkan aku dekat dia. Siapa dia? Dia. Ex aku dulu. Hahaha. Ayat macam player. Ex? Dulu? Haktuih! Tapi tu lah kebenarannya. Dia, so-called-bekas-pakwe real aku. Real tu maksud aku, someone yang aku boleh nampak. Someone yang aku boleh rasa kehadiran die. Someone yang aku boleh intai dia masa dia tengah belajar dalam kelas. Someone yang aku boleh intai, curi tengok masa pengetua sedang sibuk pot pet pot pet masa assembly. Iya. Itulah dia. Tapi main point aku sekarang, aku bukan nak cerita pasal dia. Tapi aku nak cerita pasal mimpi. Mimpi bagi kau orang yang baca ni, takde pape meaning pun dalam life korang. Tapi aku tak kesah pun. Sebab aku tulis ni untuk diri sendiri :)

Mimpi pagi tadi sangat random. Sangat pelik. Sampaikan, itu menjadi isi tweet kedua aku harini. And mungkin juga tweet ketiga. Aku sendiri dah tak ingat walaupun perkara tu masih belum lagi sampai takat masa 24 jam. Haha.

Scene pertama ada Biby and her family. Something yang quite funny. . . . bagi aku. Sebab aku kenal dia, dan kau tak. Paham? Aku cerita dekat Biby masa tengah tunggu kereta, and dia tergelak. Something yang membuktikan bahawa cerita ini kelakar bagi sesapa yang kenal watak dalam mimpi aku ni.

SCENE 1

Cerita pertama ni bermula dengan aku. Ye, aku. Aku dan Biby tengah berjalan. Dari mana tu aku taktahu. Tiba tiba aku dan biby terus muncul. Yang jelas, hala tuju kami, sebuah van yang aku rasa warnanya hijau. Dan dalam van tu ada family biby which is abang cek, kungoh, abah and umi. K. Setahu aku, Biby takda van. And abah dia bawak Honda. Mase kitorang sampai dekat van tu, something happened. Van tu. . . . . bergegar! Due to orang dalam tu sedang gelak tak ingat dunia. abaikan abang cek, die tengah mengerang. . . .kesakitan. And abg cek hero kita sekarang ini. Akibat tertarik nak tahu, kitorang pun tanyalah umi kenapa gelak? Rupa rupanya, abang cek baru lepas sunat. Cound you imagine? Lelaki yang agaknya umur 20 tahun atau lebih baru SUNAT? Kitorang pun apa lagi, join sekali lah gelak. Yang menambahkan lagi kerut di muka abang cek. HAHA xD

So, kemana kitorang nak pergi naik van? Sedihnya, jawapannya ialah pulang. Balik rumah. And yes, aku nampak someone dalam kereta, just beside ours. Sabrina. Nama secantik tuannya. Memula aku rasa macam halusinasi, and just buat bodoh. Then balik. Sampai dekat rumah biby, abah dia parking atas timbunan bukit pasir. Dan shut the engine down and said "dah sampai, jom turun". Surprisingly, van tu tak bergerak. Even an inch. Haha. Manada orang park atas bukit pasir. Nak tergolek jatuh? =='

And lepas turun, bayangan Biby dan family dia lenyap. Muncul scene ke-2.

SCENE 2

Aku nampak Yatie, depan rumah dia. Mumbling something about going out. Maybe aku ada plan nak keluar dengan dia kut? And aku ingat nak mandi rumah die je. Haha. Tetiba jadi aku dalam scene ni, belum mandi and dah terpacak depan rumah orang. Hurm.

Then we talked, talked and talked and aku tanya dia samada dia dah mandi ke belum. Kalau belum, aku nak tumpang mandi rumah dia. And then, she said no. Which is, aku takda point nak gegedik tunggu dia mandi, and aku pulak nak masuk. So, aku decide untuk balik rumah. Rumah aku dengan dia tak jauh mana pun. Daripada aku bazir masa nak mandi rumah dia baik aku balik rumah sendiri. And masa nak gerak balik, ekor mata aku tangkap kelibat budak perempuan. Ye. Perempuan. Budak perempuan sama yang aku kata dalam scene 1 tadi. Dengan tudung oren dan baju oren and sandal dia pun oren jugak. Mana aku tahu? Nanti aku cerita.

Lepas aku toleh, damn! Itu dia. Memang dia. Instinct aku selalu betul. Aku pun cecepat 'goodbye' kan Yatie dan blah. Balik rumah. Kat pertengahan jalan, aku jumpa Qila. Oho, kawan since aku form 1. Surprisingly, dia serumah dengan aku. Aku pun hyed her and tanya "mama ada dekat rumah tak? pintu kunci?" then dia pun jawab "ada je. aku keluar jap." Aku pun sengih sengih dan lambai, teruskan perjalanan balik yang tak sampai seminit pun. Mana budak perempuan tu pergi? Tah. Aku tak peduli pun. walaupun sebelum tu dia kat belakang aku.

SCECE 3

Aku depan rumah. Aku nampak ada sandal warna oren dekat depan pintu. Aku masuk, bagi salam and nampak mama tengah vacuum bilik. Luar nampak macam rumah, tapi bila masuk dalam, sebijik bilik hotel. Bukan aku maksudkan, aksesori mahal atau tah pape lagi lah. Yang aku maksudkan, sempit. Tu je ruangan dalam rumah aku. I'm about to greet mama, bila aku dengar bunyi orang mandi. Like seriously, aku cuma duduk dengan mama and Qila, macam yang aku dah mention kat atas. And here standing kat tengah rumah tu. . .aku, sambil pandang. . . .mama. And Qila baru je keluar tadi. Siapa?

Aku hampir nak tanya siapa bilamana pintu bilik air terbuka, dan keluar lah budak perempuan tu. Ye. The one that aku kenalkan sebagai Sabrina di awal entri ni. Jap. Cemana dia boleh sampai dulu padahal tadi dia kat belakang aku. Cemana dia boleh tahu rumah aku? And the most important is. . . .apa dia buat kat sini. Apa yang dia nak?

ENDING

Aku terjaga. Tengok jam phone dah pukul 08.02 am. Aku bangun awal 6 minit dari semalam. Terus capai tuala, and pergi mandi. Sesudah mandi pun aku masih tertanya tanya. Kenapa mesti mimpi ada something yang berkait dengan Dia? Well, budak yang aku sebutkan tu, adik perempuan dia.

Ape? Korang menyampah dengan entri ni? Aku pulak. . . .kecewa. Aku tak dapat nak sambung mimpi tu. Aku nak tahu apa dia buat kat rumah aku. Kenapa dia? And ternyata, lately, aku asyik ternampak dia. Walaupun dalam alam maya. Dan teringat di alam mimpi. Aku. . .dah taknak fikir lagi. Aku benci dengan diri aku sendiri setiap kali fikir dia. Well, we're strangers now. And kalau boleh, biarlah forever. Sebab semua ni salah aku. Aku.

TAMAT.

Yang bermimpi, aku.


Older Post | Newer Post
~

I was in the darkness. So darkness I became.


Navigations!

Diary About Stiff Link


Tweet Me!


Reading Challenge!

2017 Reading Challenge

mira. has read 0 books toward her goal of 30 books.
hide