Cinta.


Cinta.
Apa itu cinta?

Cinta tu luas maksudnya. Banyak maknanya. Jangan sempitkan minda dengan berfikir bahawa cinta tu hanya pada si dia. Si pengarang jantung. Buah hati. Si bunga cinta. Peneman duka suka. Si peneman setia. Teman bual bicara. Cinta itu lebih dari itu semua. Cinta pada Allah itu yang utama. Kalau kita sedarinya. Cinta pada para Nabi. Cinta pada para malaikat. Cinta pada Kalam Allah. Dan tidak lupa juga cinta pada ibu bapa serta kaum kerabat kita.Cinta pada manusia, sampai masa akan pudar. Sampai masa dia akan tinggalkan kita. Sampai masa kita tak lagi bersamanya. Walau siapa pun dia. Cinta padaNya kekal hingga hujung nyawa. Hingga roh bercerai badan. Sehingga ke Hari Pengakhiran.

Ini cuma pesanan ringkas dari aku yang entah siapa siapa. Yang mana aku tulis coretan ni di pagi 9 Mac. Di mana aku masih lagi berjaga. Menunggu hari siang. Putar lagu yang sama dari tengah malam tadi. Dan masih belum jemu dengannya. Aku tulis ni ada motif. Bukan saja saja.

Aku tulis ni untuk diri aku sendiri. Moga harap satu hari nanti diri ini akan berubah jadi manusia yang lebih baik dari hari ini. Lebih mahu menghayati hidup yang tak kekal ini. Supaya sedar, kita bukan muda lagi. Supaya sedar, ada yang memerhati. Supaya sedar bahawa di atas setiap dosa, pintu taubat masih terbuka. Untuk sesiapa sahaja yang ingin kembali ke jalanNya.

Comments

Popular posts from this blog

😲

Attraction