Selfish Machine Selfish Machine
windows 10!

Wednesday, November 25, 2015 @ November 25, 2015 | 0 Comment [s]

sebab aku dah tunggu download finish ni dari petang semalam. sampailah sekarang ni dah pukul 5 pagi. jangan buat naya ke aku tetiba download error ke ape ke sudah lah. dah dekat 12 jam kot ni aku tunggu. uhuhu.

Labels:


current addiction x.x

@ November 25, 2015 | 0 Comment [s]


after watching this drama, i feel like macam  dah taknak tengok k-drama lain for the time being. bila dah move on baru start tengok yang lain pulak. huhuhu.
*emoji mata love love*

zzz

@ November 25, 2015 | 0 Comment [s]


ni bukan sebab terlebih bahagia. ni sebab terlebih makan. hm


it's okay, it's love

Monday, November 23, 2015 @ November 23, 2015 | 0 Comment [s]


this. will. definitely. added. into. my. favorite. drama. list.
and again, brace myself for the last episode. fuh fuh fuh.

lets not fall in love. bang!

Saturday, November 21, 2015 @ November 21, 2015 | 0 Comment [s]



tiba tiba ku terdengar and terdownload lagu ni, OMG SEJAK BILA MIRA INTO KPOP NIIIIII?!!! ahahaha lol. ni sebab gegara autoplay youtube on lah ni. kalau nak ikutkan, aku dengar apa yang aku bukak je. tapi sebab dah autoplay tu on, bila lagu habis jek dia main lagu lain. soooo... thats why la. ahaha. and ada lagi satu lagu yang yang aku tertarik dengan muzik dia. ahahaha. and dah download jugak. lololol.


part 'bang bang bang' tu yang power tu. sebab bang bang bang lah aku download. ahaha.

sekian.


oreo cheesecake...............lagiiii :P

@ November 21, 2015 | 0 Comment [s]




so i decided to baked another oreo cheesecake. for the third time. using new recipe huhuhu. this time its a third recipe. hurmmm. sampai sekarang tak jumpa lagi resepi yang jadi. semua tak jadi. wuwuwu. but luckily! the third one ni jadi! well, i think jadi. walaupun lembik. and i guess sebab the whipping cream. this time i follow the recipe direct from this video. NO BAKED OREO CHEESECAKE! amna pun tetibe jadi suka makan kek. tapi komplen pasal yang dulu aku buat tak sedap. eeiiiiii.

NO BAKED OREO CHEESECAKE RECIPE

Ingredients
* 10 - 12 vanilla Oreo cookies
* 2 tbsp of melted butter
* 100 grams of cream cheese at room temperature
* 3 tbsp of confectioners sugar
* ¼ tsp of vanilla extract
* 250 ml of whipping cream, chilled

Instructions
1. Add 8 Oreo cookies to a mixing bowl. Using the tip of a meat tenderizer or the tool of your choice, break them up so the resemble dry, crumbly sand. Add in 2 tbsp of melted butter. Mix it together until it resembles a wet sand. Add it to the bottom of a spring form pan and pack it down gently using a spatula. (beli yang dah hancur tu terus pun takpe)

2. Add the whipping cream to a mixing bowl. Using a whisk or electric mixer, beat it until it doubles in volume and peaks form. This should take about 3 to 5 minutes. Set it aside in the fridge or in a cool place. Make sure the whipping cream is chilled before using it. (aku punya whipping cream untuk toppings & dessert. thats why lah kek aku jadi lembik kut. kalau ikutkan yang dalam video ni, guna whipping cream untuk cookies punya)

3. Put the cream cheese in another mixing bowl. Add in the confectioners sugar and the vanilla extract. Mix until it's well combined and creamy. Add the whipped cream to the cream cheese mixture and beat it together.

4. Break up the other 2 Oreo cookies into tiny bits and fold them into the mixture.

5. Add the cream cheese mixture into the spring form pan so it comes to the top. Smooth it out with a spatula and top it with bits of Oreo cookies.

6.  Place it in the fridge and chill until it's set. This should take 5 to 6 hours but overnight is preferred. You can also set it aside in the freezer to have an ice cream consistency. Serve and enjoy your no bake Oreo cheesecake


okay siap!

#karipapbako

Friday, November 20, 2015 @ November 20, 2015 | 0 Comment [s]


*crossed out item from the mengidam list*

hai hai hai! how you guys doin? piupiupiu. eh, tetibe rajin pulak aku duk mengupdate hehari yedak? well, dah alang alang ada masa dan ada internet. almaklumlah, sekaran kan musim cuti sekolah. buatnya jiran depan balik kampung? mengango lah ceritaaa diaaaa cuti takde internet. takde ape boleh buat. boleh mengadap cerita korea. boleh tengok oppa oppa handsome je. eh? lol :p

so nama kedai dia #karipapbako. yes serious. semalam aku pergi, niat nak beli. sekali pergi.........kedai tuuuuuuutuuuuuuuupppppppppp daaaa. ayoyo. aku lambat perasan yang dia ada post kat fb pasal semalam dia tutup. so harini aku pergi lagi. kakaka. lepas je settle hal kat hospital, aku pergi bank dulu. oh. iols jumpa kawan sekolah iols kat sana. tapi bebuat tak perasan. em. tapi iols cuma tegur mak die jewwww. tanya "tu teah ke?" pastu mak dia pun jawab "aah. tak cam ke?" aku pulak pergi jawab balik "aah. sebab dok pernoh nampok lagi dia pakai gitu". eherherher, 'gitu' tu merujuk kepada menutup aurat dengan sempurna. pakai purdah and yang lain aku tak nampak. ehem. sebab dedulu teah ni bebiasa je. macam aku jugak. cuma sejak aku tak jumpa dia ni lah die dah transform jadi gitu. dengar kata lepas SPM, ayah dia hantar pergi belajar pondok. so begitulah ceritanya. huhuhu.

nak jadi cerita lagi, pergi bank islam tadi. kenapa? adeww lerrrr. rahciew. hukhiks. and and and, mungkin sebab acacah gabra gitu, sebab lepas aku tongkat moto je dia terus masuk park selang 2 biji moto dari aku. sebab aku kenal mak dia yang aku gabra tu. in between samada nak tegur ke tak. hm. gua memang pesen bodoh sombong sikit. nak buat acane. aku senyum jelah alaaaahaaaiii.

dan disebabkan bodoh sombongku itu, aku terletak kunci dalam seat pastu terus lock. masuk bank, siap siap tlis, amek number giliran ape semua, bary aku sedar yang aku cuma pegang purse dengan phone je. OMG! MANA PERGI KUNCI MOTORRR?!!! aku cuak kut kut aku tak cabut kunci, pergi keluar tengok takde. aisehhhh. bahaya bahaya. so aku bebuat relax, cakap dengan diri sendiri, yang kunci tu tertinggal dalam seat. kalau aku pikir yang aku tak cabu kunci, pastu dah ada orang lain ambil, and bila aku tak perati motor (maksudnya, continue tunggu nombor giliran kaunter panggil) and dia bawak lari motor tu, memang aku nangis dah tadi. huhu. ak call pulak takde kredit :(

kalau dulu aku memang beli credit validity ke amende tah nama dia. RM8 for 3 months. ade kredit seposen pun boleh bua guna lagi. ni kalau credit expired? kalau ada sejuta pon tak gunaaa beb! pastu dengan nekadnya aku pergi tegur abang jual cendol kat depan bank tu, public phone yang kat belakang dia tu boleh guna ke tak. sebab aku nak topup ikut debit card BSN tak boleh! DIA REJECT AKU! WUWUWU T.T and dia kabo tak boleh. memang dah lama rosak. hampeh punya public phone. zzz. and nasib baik dia baik hati, tanya kenapa. aku pun ceritalah alkisah kunci motor aku tertinggal dalam seat and call orang rumah suruh bawak kunci spare (mujur ada kunci spare phew). dia pun jawab ohhh jeee sambil belek belek phone dia (check kredit kut?) agaga. aku pun tengok dia and phone dia silih berganti dengan muka berharap. pastu tengok dia macam snyap je, aku pun terus cakap "haa okay, terima kasih" (sebab bagitahu pasal public phone rosak. em). pastu dia stop aku "eh kejap, nak call tak?" (YASSSSSS!) aku pun buat buat macam bersalah jawab "boleh ke?". dia jawab "boleh. tapi takleh cakap lama lah" (YESSS LAGIIIII!). pastu dia mintak nombor, and aku pun bagi nombor baba. dia try call, and aku tunggu. "takde orang angkat lahh". "haaa? alaaaa. apa diorang buat niiii". "jap saya try call lagi". "em em em, call lagi satu nombor boleh tak?". "boleh. nombor apa?". aku pun bagi nombor mama pulak. zzz. tu pun tak berangkat! huwaaaa! rasa macam nak nangis dah. padahal kalau nak balik rumah boleh jek. tapi harini beapa ratus langkah dah aku jalan. selalunya tak pernah pernah pon. so kaki aku shocked. lemah longlai dah rasa. kalau aku jalan kaki balik rumah, mau mau cramp 2 hari takleh jalan. huks. and then YES! baba jawab. aku pun ape lagi, cakap laju laju ah location kat mana aku simpan kunci spare dengan location aku nak suruh dia hantarkan. pastu aku bagi balik phone dia, cakap terimaksih lalu berlalu pergi. err. pastu baba pun datang bawak kunci! and bukak seat and yay! kunci ada dalam tu! so possibility untuk orang curi kuci dah hilang sama sekali. bahaya doh. dah lah dekat kunci asal tu ada roadtax. seronok orang jalan jalan kalau kene curik. nanti aku jugak yang kene pergi report dengan claim insurance bagai. dahlah. aku serik dah. dulu lagi lah. nak claim motor aqish (sebab moto register guna nama aku). dahlah masetu tengah LI, kene cop pesuruhjaya sumpah dekat borang claim tu ASAP! and aku pergi lah carik pesuruhjaya sumpah tu dekat KL SORANG SORANG! gila tak gila. dah lah KL. dahlah sorang. pew. berani jugak aku ken? kehkehkeh.

masyaAllah panjangnya post. sorry sorry. sebenarnya aku nak crossed out makanan mengidam jek. dengan nak kabo karipapbako tu tak sedap mana pun sebagaimana yang dicanang orang di fb. tapi milo ice blended dia memang peh! sumpah sedap! kikiki. okbai.

P/s: tadi pergi takde baked potato. sis cedih. kene pegi lagi lah nampaknye. em.

ubat oh ubat.

Thursday, November 19, 2015 @ November 19, 2015 | 0 Comment [s]


nak dijadikan cerita, aku bebuat rajin harini pergi hospital. sebab kaki aku dah gatal gatal lama sangat ni. dari zaman couple sampai ke zaman single duk gatal gatal lagi. eh? ahaha. k takde kene mengene. cuma nak cakap tu lah. lama sangat haaaa. mampus nak jalan pun sakit. tak jejak tanah tapak kaki aku. so nombor aku tadi 1068. taaaaaaaapiiiiiiiiiiiiiiii...1069 masuk dulu. pastu diikuti 1070....1071.....sampailah 1074. APENI?! grrr. okay. sebab dah sakit bontot duduk lelame, aku pun beranikan diri pergi tanya nurse tu. so hurmmm. bukan aku jek, ade 3 orang lagi yang sama nasib macam aku. yang kelakar tu nurse tu cakap "yang hilang ni semua number start dengan 6. 66. 67. 68". haih. kad pesakit hilang katanya. so nurse tu pergi register baru. kad baru. em. okay. tunggu lagi. tunggu dekat sejam nak ke dua jam kot. masuknya cume 3minit. haih. tak berbaloi betul dengan sakit belakang aku. T.T

oh. mula mula aku duk cakap dalam hati, acah acah remind diri sendiri, nak cakap dekat nurse tu, nak mintak doctor perempuan kalau boleh. last last tak tercakap. aisehh. and masuk masuk dapat doctor lelaki. wuwuwu. aku sebenarnya dah usha usha doctor tu awal awal tadi. sebab kebetulan ternampak dia keluar dari bilik diebetis. pastu aku tak nampak dah. sebab aku sambung baca buku. so namanya Dr. Innul Afiq. aku baca tang 'Innul' tu dah tergelak dalam hati. adik beradik inul daratista ke doc? hewhewhew :3

okay semua dah settle. the pergi farmasi ambil ubat. pastu terkedu jap bila dengar pharmacist cakap "ubat antibiotic ni kene habiskan dalam masa seminggu". aku pun terus hmmm. ayoyoooo. banyakkkkkk. okbai.

upsr hm.

Tuesday, November 17, 2015 @ November 17, 2015 | 0 Comment [s]



soooooooooooooooooooooooooooooooo. tujuh belas haribulan sebelas tahun dua ribu lima belas. piupiupiu. hari apa? hari selasa. hari result upsr keluar! wiuwiuwiu. tapi aku tak tanya pon ameer dia dapat berapa sebab aku dah tahu dia tak dapat 5A ponnn. krooh. lelwz. jahatnya i. ahakz. sorry i memang jahat. zzz. so ranking 5A memang dah jelas jelas untuk aku & alin je. baba & shasha both 4A 1B. aqish? 2A mujur alhamdulillah. ameer? entah. kalau dapat 2 boleh geng dengan aqish. kalau dapat 3, aku angkat kening tanda tak percaya (kahkahkah). kalau dapat 1? padan muka. kbai.

teringat pulak masa aku upsr dulu. aku biasa biasa jek. 5A tu memang nak. tapi tak harap sangat. sebab dah tahu diri sendirik tu memang pemalas namati. sumpah aku tak pernah rajin. dari sekolah rendah sampai menengah. and sampai sekarang pun sebenarnya hm. abah pergi sekolah amek result sesama (kononnyaa. padahal aku gi amek sendiri :p). bila dah dapat, tengok. pastu suka sikit. pastu buat bodo je macam takde perasaan. pergi dekat abah. abah tengok. pastu dia nangis. masyaAllah. perasaan tu. mase kecik kecik memang aku tak sedar. aku pulak yang gelakkan dia. sebab over sangat. aku tak nangis ke ape ke. dia pulak yang melebih. ahaha. tapi bila dah besar sikit ni, baru aku faham macamana perasaan abah masetu. lagipun, aku anak sulung kan. aishhh.

agak agak, dah terlambat ke kalau aku nak mula balik? hm. kbai.

baked potato nyum

Sunday, November 15, 2015 @ November 15, 2015 | 0 Comment [s]


KORANG TENGOK NI!!!! KORANG RASA LAPAR KEE TAKKKK? SEBAB AKU RASA LAPAR TETIBEEE DOHHHHHH T.T

planner? me? thanks. but no, thanks.

@ November 15, 2015 | 0 Comment [s]

11417468_1590629604532112_98115490_n.jpg (320×320)

ahaha. haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! baca tajuk pun dah macam acah acah "eleh bajet lah kau" gitteww haa kan? sorry i cant help myself, thats the way i am. eh. dah macam lirik lagu lah pulak. eh? lulz.

so. actually......gua terrr-beli satu planner ni since it was on sale. (eh) ahahaha. okay namanya FauxDori TN or Traveller's Note (correct me if im wrong). exactly looks like the one in the picture. i also bought mine, mint color. ehem. jap. hujan ke? *jenguk luar tingkap*. okay hujan. huhuhu.

after beli ni rasa macam menyesal pulak.  menyesal kenapa? SEBAB AKU TAK RETI GUNA! ahaha. em. since im not really fancy nak tulis tulis ape ape dalam buku. aku tulis semua dalam blog (kalau rasa nak tulis lah). hagittew. so kalau tulis tulis dalam buku acah acah macam daily diary ni memang tak lah cerita diaaaaa. tapi kalau nak jual rasa sayang pulak eheh.

but....tbh, aku macam ada minat dekat planner lain. err. its not like macam aku nak beli and tulis ke ape ke. aku just minat. the cover, layout, inserts. semua lawa. macam this one. Mambi Happy Planner.

2015-16 Planner - My Life2015-16 Planner - Good Things Are Going To Happen
2015-16 Planner - Every Day Is A Gift
tadaaaaaaaaaaaaaaaa~

the stickers also looking goooooooooooooooooooooooooooooood. ehem. tapi takde duit nak beli hewhewhew. tapi taknak beli pon. kahkahkah. okaylah bai.

lapor krooh

@ November 15, 2015 | 0 Comment [s]


sebab laparnya memang lain macam. ni baru 5. nak ikutkan ade lagi yang aku ngidam. tak campur KFC lagi. chocolate sundae McD lagi. haaaa. oreo cheesecake lagi. peh. dengan coolblog lagi. sandwich lagi. emmmmmmm. sorry, gemuk.
x


Tuesday, November 3, 2015 @ November 03, 2015 | 0 Comment [s]



Harini saya menangis depan mama. Saya cakap apa semua yang buat saya sedih. Mama peluk saya. Mama lap air mata saya. Mama cium dahi saya. Saya nak cerita tu dekat awak. Tapi awak tak ada. Lalu saya pun menangis lagi.
:/


@ November 03, 2015 | 0 Comment [s]

Sedih rasanya bila memikirkan yang awak, dah tak perlukan saya lagi. Lagi sedih bila awak, yang jadi tempat saya nak mengadu itu ini dah takda lagi. Saya tahu saya ni banyak sangat silapnya. Mengada merajuk cemburu tak kene tempat. Tapi saya tak pernah rasa nak tinggalkan awak. Tapi awak dah buat keputusan awak sendiri. Keputusan untuk diri awak sendiri. Yang masa depan awak; tak perlu ada saya. Harini saya nangis semahu mahunya. Saya menangis dan menangis dan menangis lagi. Sambil tekan keypad nak taip cerita ni pun airmata tiba tiba turun sendiri. Saya sedih sebab takde siapa dah yang saya boleh nak mengadu. Nak cerita apa jadi dekat saya. Macamana hari saya. Awak tahu cincin yang saya beli masa raya dulu? Saya rasa saya ada hantar gambar kat awak. Sebab saya sayang awak, saya duk acah acah berangan macam cincin tu cincin kawen kita. Ahaha. Awak nak gelak pun gelaklah. Sebab saya pun tetibe tergelak. Saya berangan yang awak sarung cincin tu dekat jari saya. Saya berangan yang saya dan awak ni bersama sampai bila bila. Tapi sayangnya, saya hanya mampu berangan je. Sampai sekarang, saya tak pernah pakai pun cincin tu. Saya simpan je. Bila saya rindu awak sangat, saya keluarkan pastu pakai. Lepastu saya simpan balik. Pakai lama lama nanti saya sedih. Saya sedih sebab bila saya beli cincin tu dulu, saya terfikir awak. Sebab saya terfikirkan awak, saya beli. Sayangnya saya cuma mampu beli dan simpan je cincin tu. Nak pakai tak kuat. Sebab bila pakai nanti saya teringat awak. Saya, teringin nak pergi johor jumpa awak. Sebab awak taknak datang sini jumpa saya. Saya pun taktahu samada awak nak jumpa saya ataupun taknak. Tapi rasanya awak taknak kan? Lagi lagi lepas apa yang jadi ni. Saya, walau apa pun jadi, saya tetap lagi nak jumpa awak. Saya nak tengok awak betul betul depan mata saya. Mungkin satu hari nanti. Since sekarang kita dah tak bertegur sapa. Mungkin akan datang nanti, bila saya pergi johor nanti, saya jadi stalker awak. Nak jumpa tegur saya takut awak muntah. Tengok dari jauh ke? Tengok tu! Ape bende semua pun mesti ada kene mengene dengan awak.

Awak. Awak tak rasa ke yang awak dah toreh hati saya dalam dalam? Yang lukanya tu, tinggalkan parut kekal. Saya sedih bila tengok instagram awak, twitter awak, facebook awak. Memangnya tinggalkan saya memang perkara terbaik yang awak pernah decide ke macamana? Lepas bende tu jadi, saya tengok awak relax je post gambar dengan kawan kawan perempuan tempat kerja awak. Awak tweet pasal crush crush awak. Awak tweet pasal crush awak yang awak harap akan jadi milik awak. Awak tak fikir perasaan saya ke? Maaf. Saya tahu saya memang tak fikir perasaan awak. Saya create account twitter sampai 2-3. Lepastu saya kutuk kutuk awak kat sana. Saya buat macamtu sebab saya nak jaga hati awak jugak. Kalau saya tweet dekat account primary saya, nanti awak nampak. And awak sedih. Saya taknak awak sedih. Saya tahu saya memang keterlaluan. Tapi itu je cara saya nak lepaskan marah saya. Most of the tweet, saya tak maksudkan pun. Saya cuma marah. Dan sebab saya tak private account baru tu sebab dekat sana saya follow account yang start dengan 'twt_______' tu je. Kalau saya private, apa yang saya reply dekat diorang, nanti diorang tak nampak. Bukan sebab saya nak menunjuk. Saya tahu saya bodoh. Patutnya saya takpayah buat pun macamtu. Tapi bende dah jadi. Saya pun dah deactive account tu. After a month akan delete permanent. So dah tak ada dah semua bende tu. Tapi sekarang, awak unfollow saya ye? Kenapa? Memangnya muka saya, awak dah taknak tengok? Awak dah meluat tengok muka saya? Awak dah benci? Maafkan saya. Maafkan saya.



Older Post | Newer Post
Annyeong!

I was in the darkness. So darkness I became.


Navigations!

Diary About Stiff Link


Tweet Me!


Reading Challenge!

2017 Reading Challenge

mira. has read 0 books toward her goal of 30 books.
hide