Selfish Machine Selfish Machine
#karipapbako

Friday, November 20, 2015 @ November 20, 2015 | 0 Comment [s]


*crossed out item from the mengidam list*

hai hai hai! how you guys doin? piupiupiu. eh, tetibe rajin pulak aku duk mengupdate hehari yedak? well, dah alang alang ada masa dan ada internet. almaklumlah, sekaran kan musim cuti sekolah. buatnya jiran depan balik kampung? mengango lah ceritaaa diaaaa cuti takde internet. takde ape boleh buat. boleh mengadap cerita korea. boleh tengok oppa oppa handsome je. eh? lol :p

so nama kedai dia #karipapbako. yes serious. semalam aku pergi, niat nak beli. sekali pergi.........kedai tuuuuuuutuuuuuuuupppppppppp daaaa. ayoyo. aku lambat perasan yang dia ada post kat fb pasal semalam dia tutup. so harini aku pergi lagi. kakaka. lepas je settle hal kat hospital, aku pergi bank dulu. oh. iols jumpa kawan sekolah iols kat sana. tapi bebuat tak perasan. em. tapi iols cuma tegur mak die jewwww. tanya "tu teah ke?" pastu mak dia pun jawab "aah. tak cam ke?" aku pulak pergi jawab balik "aah. sebab dok pernoh nampok lagi dia pakai gitu". eherherher, 'gitu' tu merujuk kepada menutup aurat dengan sempurna. pakai purdah and yang lain aku tak nampak. ehem. sebab dedulu teah ni bebiasa je. macam aku jugak. cuma sejak aku tak jumpa dia ni lah die dah transform jadi gitu. dengar kata lepas SPM, ayah dia hantar pergi belajar pondok. so begitulah ceritanya. huhuhu.

nak jadi cerita lagi, pergi bank islam tadi. kenapa? adeww lerrrr. rahciew. hukhiks. and and and, mungkin sebab acacah gabra gitu, sebab lepas aku tongkat moto je dia terus masuk park selang 2 biji moto dari aku. sebab aku kenal mak dia yang aku gabra tu. in between samada nak tegur ke tak. hm. gua memang pesen bodoh sombong sikit. nak buat acane. aku senyum jelah alaaaahaaaiii.

dan disebabkan bodoh sombongku itu, aku terletak kunci dalam seat pastu terus lock. masuk bank, siap siap tlis, amek number giliran ape semua, bary aku sedar yang aku cuma pegang purse dengan phone je. OMG! MANA PERGI KUNCI MOTORRR?!!! aku cuak kut kut aku tak cabut kunci, pergi keluar tengok takde. aisehhhh. bahaya bahaya. so aku bebuat relax, cakap dengan diri sendiri, yang kunci tu tertinggal dalam seat. kalau aku pikir yang aku tak cabu kunci, pastu dah ada orang lain ambil, and bila aku tak perati motor (maksudnya, continue tunggu nombor giliran kaunter panggil) and dia bawak lari motor tu, memang aku nangis dah tadi. huhu. ak call pulak takde kredit :(

kalau dulu aku memang beli credit validity ke amende tah nama dia. RM8 for 3 months. ade kredit seposen pun boleh bua guna lagi. ni kalau credit expired? kalau ada sejuta pon tak gunaaa beb! pastu dengan nekadnya aku pergi tegur abang jual cendol kat depan bank tu, public phone yang kat belakang dia tu boleh guna ke tak. sebab aku nak topup ikut debit card BSN tak boleh! DIA REJECT AKU! WUWUWU T.T and dia kabo tak boleh. memang dah lama rosak. hampeh punya public phone. zzz. and nasib baik dia baik hati, tanya kenapa. aku pun ceritalah alkisah kunci motor aku tertinggal dalam seat and call orang rumah suruh bawak kunci spare (mujur ada kunci spare phew). dia pun jawab ohhh jeee sambil belek belek phone dia (check kredit kut?) agaga. aku pun tengok dia and phone dia silih berganti dengan muka berharap. pastu tengok dia macam snyap je, aku pun terus cakap "haa okay, terima kasih" (sebab bagitahu pasal public phone rosak. em). pastu dia stop aku "eh kejap, nak call tak?" (YASSSSSS!) aku pun buat buat macam bersalah jawab "boleh ke?". dia jawab "boleh. tapi takleh cakap lama lah" (YESSS LAGIIIII!). pastu dia mintak nombor, and aku pun bagi nombor baba. dia try call, and aku tunggu. "takde orang angkat lahh". "haaa? alaaaa. apa diorang buat niiii". "jap saya try call lagi". "em em em, call lagi satu nombor boleh tak?". "boleh. nombor apa?". aku pun bagi nombor mama pulak. zzz. tu pun tak berangkat! huwaaaa! rasa macam nak nangis dah. padahal kalau nak balik rumah boleh jek. tapi harini beapa ratus langkah dah aku jalan. selalunya tak pernah pernah pon. so kaki aku shocked. lemah longlai dah rasa. kalau aku jalan kaki balik rumah, mau mau cramp 2 hari takleh jalan. huks. and then YES! baba jawab. aku pun ape lagi, cakap laju laju ah location kat mana aku simpan kunci spare dengan location aku nak suruh dia hantarkan. pastu aku bagi balik phone dia, cakap terimaksih lalu berlalu pergi. err. pastu baba pun datang bawak kunci! and bukak seat and yay! kunci ada dalam tu! so possibility untuk orang curi kuci dah hilang sama sekali. bahaya doh. dah lah dekat kunci asal tu ada roadtax. seronok orang jalan jalan kalau kene curik. nanti aku jugak yang kene pergi report dengan claim insurance bagai. dahlah. aku serik dah. dulu lagi lah. nak claim motor aqish (sebab moto register guna nama aku). dahlah masetu tengah LI, kene cop pesuruhjaya sumpah dekat borang claim tu ASAP! and aku pergi lah carik pesuruhjaya sumpah tu dekat KL SORANG SORANG! gila tak gila. dah lah KL. dahlah sorang. pew. berani jugak aku ken? kehkehkeh.

masyaAllah panjangnya post. sorry sorry. sebenarnya aku nak crossed out makanan mengidam jek. dengan nak kabo karipapbako tu tak sedap mana pun sebagaimana yang dicanang orang di fb. tapi milo ice blended dia memang peh! sumpah sedap! kikiki. okbai.

P/s: tadi pergi takde baked potato. sis cedih. kene pegi lagi lah nampaknye. em.


Older Post | Newer Post
Annyeong!

I was in the darkness. So darkness I became.


Navigations!

Diary About Stiff Link


Tweet Me!


Reading Challenge!

2017 Reading Challenge

mira. has read 0 books toward her goal of 30 books.
hide