Sedih rasanya bila memikirkan yang awak, dah tak perlukan saya lagi. Lagi sedih bila awak, yang jadi tempat saya nak mengadu itu ini dah takda lagi. Saya tahu saya ni banyak sangat silapnya. Mengada merajuk cemburu tak kene tempat. Tapi saya tak pernah rasa nak tinggalkan awak. Tapi awak dah buat keputusan awak sendiri. Keputusan untuk diri awak sendiri. Yang masa depan awak; tak perlu ada saya. Harini saya nangis semahu mahunya. Saya menangis dan menangis dan menangis lagi. Sambil tekan keypad nak taip cerita ni pun airmata tiba tiba turun sendiri. Saya sedih sebab takde siapa dah yang saya boleh nak mengadu. Nak cerita apa jadi dekat saya. Macamana hari saya. Awak tahu cincin yang saya beli masa raya dulu? Saya rasa saya ada hantar gambar kat awak. Sebab saya sayang awak, saya duk acah acah berangan macam cincin tu cincin kawen kita. Ahaha. Awak nak gelak pun gelaklah. Sebab saya pun tetibe tergelak. Saya berangan yang awak sarung cincin tu dekat jari saya. Saya berangan yang saya dan awak ni bersama sampai bila bila. Tapi sayangnya, saya hanya mampu berangan je. Sampai sekarang, saya tak pernah pakai pun cincin tu. Saya simpan je. Bila saya rindu awak sangat, saya keluarkan pastu pakai. Lepastu saya simpan balik. Pakai lama lama nanti saya sedih. Saya sedih sebab bila saya beli cincin tu dulu, saya terfikir awak. Sebab saya terfikirkan awak, saya beli. Sayangnya saya cuma mampu beli dan simpan je cincin tu. Nak pakai tak kuat. Sebab bila pakai nanti saya teringat awak. Saya, teringin nak pergi johor jumpa awak. Sebab awak taknak datang sini jumpa saya. Saya pun taktahu samada awak nak jumpa saya ataupun taknak. Tapi rasanya awak taknak kan? Lagi lagi lepas apa yang jadi ni. Saya, walau apa pun jadi, saya tetap lagi nak jumpa awak. Saya nak tengok awak betul betul depan mata saya. Mungkin satu hari nanti. Since sekarang kita dah tak bertegur sapa. Mungkin akan datang nanti, bila saya pergi johor nanti, saya jadi stalker awak. Nak jumpa tegur saya takut awak muntah. Tengok dari jauh ke? Tengok tu! Ape bende semua pun mesti ada kene mengene dengan awak.

Awak. Awak tak rasa ke yang awak dah toreh hati saya dalam dalam? Yang lukanya tu, tinggalkan parut kekal. Saya sedih bila tengok instagram awak, twitter awak, facebook awak. Memangnya tinggalkan saya memang perkara terbaik yang awak pernah decide ke macamana? Lepas bende tu jadi, saya tengok awak relax je post gambar dengan kawan kawan perempuan tempat kerja awak. Awak tweet pasal crush crush awak. Awak tweet pasal crush awak yang awak harap akan jadi milik awak. Awak tak fikir perasaan saya ke? Maaf. Saya tahu saya memang tak fikir perasaan awak. Saya create account twitter sampai 2-3. Lepastu saya kutuk kutuk awak kat sana. Saya buat macamtu sebab saya nak jaga hati awak jugak. Kalau saya tweet dekat account primary saya, nanti awak nampak. And awak sedih. Saya taknak awak sedih. Saya tahu saya memang keterlaluan. Tapi itu je cara saya nak lepaskan marah saya. Most of the tweet, saya tak maksudkan pun. Saya cuma marah. Dan sebab saya tak private account baru tu sebab dekat sana saya follow account yang start dengan 'twt_______' tu je. Kalau saya private, apa yang saya reply dekat diorang, nanti diorang tak nampak. Bukan sebab saya nak menunjuk. Saya tahu saya bodoh. Patutnya saya takpayah buat pun macamtu. Tapi bende dah jadi. Saya pun dah deactive account tu. After a month akan delete permanent. So dah tak ada dah semua bende tu. Tapi sekarang, awak unfollow saya ye? Kenapa? Memangnya muka saya, awak dah taknak tengok? Awak dah meluat tengok muka saya? Awak dah benci? Maafkan saya. Maafkan saya.

Comments

Popular posts from this blog

😲

Attraction