Monday, April 27, 2026

cff jatuh :(

cerita hari ini. setelah sekian lama tak merasa nikmat weekend di rumah, dan pergi kerja on normal time. semalam aku kemain iron semua baju yang belum beriron. dan tudung siap iron dua helai. kononnya supaya pagi tak rushing. hehe. rupa-rupanya aku hanya mampu merancang. my unconscious mind tak bagi kerjasama. tak disangka tangan aku cepat je slide up masa alarm berbunyi. my last alarm rasanya around 8.15am. snooze macam 3 kali kut dengan time interval 5 ke 10  minit tah. tak ingat.

segala perancangan hari sebelum tu kelaut. kemain plan nak pergi kerja awal. setelah sekian lama pi lambat kan. semalam pulak PH. ngam-ngam extra cuti. sebab aku dah cuti dari hari khamis haritu. cuti dengan kebenaran. sebab habis tender. hehe.

so, bila dah rushing and all. segala baju and tudung yang aku dah iron tu, tak sempatnya nak pakai. jadi aku pun sarung jubah je dengan tudung sarung. mujur baju dah basuh ye. at first ingat nak pakai pleated shawl. sebab yelah, ironless. tapi memikirkan masa untuk melilit tu ugh, pakai jela tudung sarung pun. aku takde nak impress sesiapa. even diri sendiri. so lantakla. haha.

skip cerita ofis. sebab bosan. aku bosan. ofis pun membosankan. rasanya berapa kali nap pun tak tahulah. pakai pulak headphone. memang tak hiraukan keadaan sekeliling. and that's whereee it gone wrong tehehe.

last jam yang aku masih sedar, that time around 5.15pm. so another suku jam nak balik kan. so aku relax-relax sahaja. masih dengan headphone. hoping that the 15 minutes will come faster. but jeng jeng jeng. aku sedar-sedar je dah way past working hours. tapi takla lama sangat. but stil......dah tiada orang HAHAHAHAHAHA. haritu colleague yang datang area aku ni 4 termasuk aku. tiga-tiga tu semua dah balik. tinggal aku sorang. dalam bilik akaun pulak, ada last person yang baru siapkan kerja kut and on the way balik. kalau semua orang dah takde, haih. mampus keras aku kat situ. haha.

then aku pun tutup aircond, thumbprint and turun balik. dalam keadaan yang macam bengong-bengong sikit sebab bangun secara terkejut. sampai kat motor, bukak seat, pakai helmet, start moto, jalan. pastu all of a sudden, tergolek. ya auloh, dugaan apa lagi. bantuin nadia ya auloh.

ye. aku jatuh motor. eherherher.

dahlah masetu ada customer dekat kedai motor. aku parking sebelah kedai dia huhu. dah jatuh tergolek tu mari shocked. tangan sakit, kaki sakit. dengan mamai-mamai lagi. hurm. dugaan. mujur cff ku tak calar. yeke tak calar? tak tengok pun. takut sedih.


0 comments: